(^-^) Selamat Hari Raye, Cikgu! (^-^)
Pada hari sabtu yang sangat panas lepas, saya dan rakan-rakan sekolah pergi serbu menziarahi rumah cikgu-cikgu kami sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sudah sekian lama kami tidak berjumpa dengan cikgu-cikgu yang kami kasihi ini. Bukan sahaja cikgu, malah antara kami pun jarang berjumpa. Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk berkumpul dan bertukar emel mengeratkan kembali hubungan sesama kami. Seramai 8 orang telah follow turut serta dalam konvoi kami ini.
Rumah pertama yang kami terjah ziarah ialah rumah Pn.Hanim. Kami panggil beliau dengan gelaran 'teacher' sebab dulu beliau mengajar kami speaking Bahasa Inggeris. Kini beliau sudah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan HEM. Sepatutnya, kami sampai ke rumah beliau pada jam 10.00 pagi. Tetapi oleh kerana kapten kapal asyik tersilap masuk simpang, kami sampai di rumah cikgu sejam kemudian. Kami disambut oleh Pn.Hanim dengan begitu mesra. Tak sangka beliau masih mengingati nama-nama kami walaupun sudah berjanggut hampir 6 tahun tidak berjumpa. Ini antara gambar-gambar yang sempat ditangkap oleh macai jurugambar amatur kami.
masuk je rumah dah nak bergambo...kapten kapten...(-.-")
bile da dijemput makan, ape lagi...makan lah~ (^.^)
antara juadah yang disediakan special oleh teacher utk kami...nyum2~
kami yg da besor2 belake bersame teacher hanim
yes, this is teacher hanim's house. and yes, it is huuuuuge.
Selepas meluangkan masa bersama teacher hanim, kami pun meminta duit raye diri untuk ke rumah cikgu-cikgu yang seterusnya. Sekali lagi, kapten menjadi jurupandu arah kami ke rumah berikutnya, rumah Puan.Hayati. Beliau merupakan guru tingkatan kami sewaktu tingkatan 4 & 5. Beliau mengajar kami matapelajaran Kimia. Kami sangat suka kelas kimia kerana beliau sangat petah berkata-kata ditambah dengan loghat Perak yang sering mencuit hati kami.
Sesampainye kami di rumah cikgu, sudah kedengaran suara riuh dari dalam rumah memanggil kami masuk. Ahah, memang gaya cikgu Hayati begitu. Masuk saja dalam rumah sudah diajukan soalan bertalu-talu oleh cikgu. Sama seperti di kelas dahulu. Macam-macam yang kami borakkan dengan beliau. Perihal kerja, keadaan sekolah sekarang, awek dan macam-macam lagi. Owh, dan kami diberitahu cikgu sudah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Ko-Ko. Seronok dan bangga kami mendengarkan 2 orang cikgu yang pernah mengajar kami telah dimurahkan rezeki.
da sampai~
ni baru sampai ke baru nak balik ni?
haa..yang ini suda mau balik
gembire walau tak dpt duet raye
memeluk tiang dikala panas terik...kapten je yg berani buat
Walaupun hanya seketika meluangkan masa bersama cikgu-cikgu yang tersayang, tetapi kami cukup seronok kerana dapat berkumpul dan bertukar-tukar cerita dengan mereka. Makin buat kami terharu apabila cikgu bukan saja masih ingat nama, tetapi perangai kami sewaktu belajar dahulu. Insyaallah, jika dipanjangkan umur, kami akan meneruskan tradisi ziarah ini selagi kami mampu.
p/s: terlepas pegi wedding staff tempat keje... xpe, ziarah cikgu lebih utama...wedding punye majlis ade dua~
haa..yang ini suda mau balik
gembire walau tak dpt duet raye
memeluk tiang dikala panas terik...kapten je yg berani buat
Walaupun hanya seketika meluangkan masa bersama cikgu-cikgu yang tersayang, tetapi kami cukup seronok kerana dapat berkumpul dan bertukar-tukar cerita dengan mereka. Makin buat kami terharu apabila cikgu bukan saja masih ingat nama, tetapi perangai kami sewaktu belajar dahulu. Insyaallah, jika dipanjangkan umur, kami akan meneruskan tradisi ziarah ini selagi kami mampu.
♥ WE LOVE YOU CIKGU! ♥
p/s: terlepas pegi wedding staff tempat keje... xpe, ziarah cikgu lebih utama...wedding punye majlis ade dua~











No comments:
Post a Comment